PENGUMUMAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

For best resolution..please use IE Mozilla Firefox..

Wassalam..


Thursday, April 1, 2010

APRIL FOOL?

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T


Rasanya saban tahun, ana sentiasa update pasal April Fool ini..boleh di rujuk kembali di sini.

Mudah-mudahan, ianya dapat memberi sedikit pengetahuan kepada kita semua sebagai Muslim.




Wednesday, March 24, 2010

IMAM SAMAN PERSATUAN PENDUDUK RM5 JUTA

Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamualakum wbt

Sumber: Harian Metro Online


Sebenarnya cerita ni dah lama, tapi...terdetik di hati untuk menconteng sedikit di entri blog ini yang dah lama tak diupdate..apa-apun kisah Iman saman Persatuan Penduduk di Kampung Kerinchi tu juga menjadi bualan hangat...mau taknya, melibatkan saman yang besar. Dan, sedikit terkejut di hati ana, sebab Imam tersebut adalah sahabat baik masa menuntut ilmu di Sekolah Menengah Ugama (arab) Maahad Muhammadi (lelaki) Kota Bharu suatu dulu..


Pagi 24 Februari 2010 - Seorang sahabat menalifon seawal jam 08.15 pagi.

Sahabat: Assalamualaikum syekh.
Ana: Waalaikumussalam..guano talipon ppaagi neh..ado ggapo? (menjawab dalam bahasa jerman..hehe)
Sahabat: Ado dengar cerito pasal sahabat kito Pendi?
Ana: Pendi Che Harun ko?
Sahabat: Ho la..dio samey sapa limo juto..
(terkejut...dan meneruskan perbualan)

Jam 10.45 pagi - Ana menalifon Sahabat (Imam Tersebut)

Ana: Assalamualaikum Syekh.
Sahabat (Imam Afandi): Alaikumussalam..(sambil ketawa kecil - mungkin dapat membaca tujuan ana menghubunginya)
Ana: guano gegey molek bbunyi kut dalae surat khabar tuh?
Sahabat (Imam Afandi): Biaslo la Yi..kadang status kito keno jago jugok..biar ore respek sket..bukey soal duit...tapi, buwi pengajarey ko hok laing..
Ana: jolo doh..tapi aku nok tanyo mung neh...hok duk gegey tuh gi smayey mesjid ko dok?
Sahabat (Imam Afandi): time jumaat ado la aku napok..
(Ana meneruskan lagi perbualan....)

Petikan Harian Metro Online.

KUALA LUMPUR: Imam Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi memfailkan saman RM5 juta terhadap Pengerusi dan Persatuan Penduduk Taman Desa Kerinchi kerana didakwa memfitnah sehingga menyebabkan kredibilitinya tercemar.

Mohamad Afandi Che Harun memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam, melalui Tetuan Yusma Azlin & Co.

Dia yang mula bertugas di masjid itu pada 1 Februari 2009 menamakan pengerusi persatuan, Mohd Anuar Idris dan persatuan itu sebagai defendan pertama dan kedua.

Berdasarkan afidavit difailkan, Mohamad Afandi mendakwa pada 5 Januari 2010 dia menerima surat tanpa tarikh yang dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melalui seorang pegawai kanan di jabatan itu...lagi..



Semoga kes tersebut dapat diselesaikan dengan menggunakan saluran yang baik lagi benar..Wallahu A'lam.



Tuesday, August 25, 2009

KAKI BOTOL PENING


Menurut akhbar The Star, pegawai masjid, imam, nazir, bilal dan siak di Selangor kini diberikan kuasa menangkap orang Islam meminum arak di tempat awam, menjual serta menyimpan minuman keras.

Kenyataan dikeluarkan Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995..

Dilaporkan lebih 1,500 penguatkuasa agama bakal melaksanakan enakmen terbaharu dijangka mampu mengheret suspek ke Mahkamah Syariah.

Justeru, untuk mengelak ditahan penguatkuasa agama, kaki botol Melayu di Selangor pening, barangkali mereka terpaksa membeli arak di kedai serbaneka dan mabuk di rumah.

Setakat ini kedai serbaneka di Selangor antaranya, 7-Eleven, menjual dan menyimpan arak, menggajikan majoriti pekerja Melayu.

Bersama kita perhatikan dalam tempoh terdekat, apakah tindakan 7-Eleven selanjutnya? Buang arak atau buang pekerja Melayu?

Sumber: http://mazidulakmal.blogspot.com/

Monday, July 20, 2009

ISRA' dan MI'RAJ - Satu Pengajaran.

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”
(Q.S. An-Najm: 13-18).


Antara pengajaran berguna tersebut ialah:


1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.


2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.


3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.


4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.


5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.


6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.


7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.


Wednesday, July 15, 2009

HAKIKAT PERNIKAHAN

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan. Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat dan manakah pilihan kita???

1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana NAFSU, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah-lakunya

6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia. Yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

sumber: email
Gambar: hiasan

Friday, June 26, 2009

BULAN REJAB


Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita semak ada apa di balik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.
Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"
Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."
Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Monday, June 8, 2009

SIAPAKAH?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sumber: e-mail

SEKITAR KELANTAN

GOMO KELATE GOMO

RUANGAN

RUANGAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP