PENGUMUMAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

For best resolution..please use IE Mozilla Firefox..

Wassalam..


Friday, April 17, 2009

PENGORBANAN AKU?


Kadang-kadang terfikir juga di benak hati...
Untuk apa aku bekerja?
Untuk apa aku buat kebaikan?
Untuk apa aku bekorban?
Untuk apa aku bersusah payah?

Teringat pula kisah Taabi'en Rabiatul Adawiyah katanya:
"Jikalau aku beribadah untuk pahalaMU, campakkanlah aku ke dalam Neraka"
"Jikalau aku beribadah kerana takut nerakaMU humbanlah aku ke dalam Neraka"
"Jikalau aku beribadah untuk syurgaMU, masukkanlah aku ke dalam Neraka"

Begitu murni..begitu suci....begitu tinggi tahap ikhlas...ihsan Wali Allah ini...
Teringat aku sebahagian Hadith Jibrail yang diriwayatkan oleh Muslim:

Maksudnya: " Khabarkanlah kepada aku mengenai Ihsan, Maka Rasulullah SAW berkata: Ihsan ialah kamu beribadah kepada Allah seperti kamu melihatnya, Sekiranya kamu tidak melihatNYA, maka sesungguhnya, Allah melihat kamu"

Aku terfikir juga....kadang-kadang segala kebaikan kita buat, segala pengorbanan kita buat..jarang dihargai oleh orang lain...bahkan sanggup mengatakan tiada apa pun pengorbanan dan kebaikan yang telah dibuat..bahkan menyusahkan..Tidakkah hampa dan pilu hati mendengarnya?

Itulah manusia, tidak mensyukuri, bahkan tidak menyedari nikmat yang Allah berikan. kita tidak akan merasa kemanisan nikmat itu sekiranya ia sentiasa dikecapi oleh kita, tetapi...terfikirkah kita?nikmat akan dirasai sekiranya ia sudah tiada (kita tidak merasai nikmat dapat melihat, ttp sekiranya Allah uji dengan buta?maka baru kita merasai betapa hebat dan besarnya nikmat itu).

Allah menghantar pelbagai ujian, semuanya untuk menguji tahap keimanan seseorang itu..makin beriman sesorang itu, maka makin banyaklah ujian dan godaan syaitan.

Monday, April 13, 2009

KITAB AKIBAT DOSA YANG DILAKUKAN

Kitab Al-Yawaaqit wal Jawaahir Fi Uquubatil Ahli Al-Kaba'ir oleh Al-Aalim As-Sheikh Muhammad Ali ibnu Abdul Rashid bin Abdullah Al-Jaawi Al-Qaadhi As-Sambaawi


Kitab Tanbih Al-Ghafilin

Ini adalah dua kitab yang cukup menarik untuk ditela'ahkan. Menceritakan akibat-akibat daripada kelalaian dan dosa yang dilakukan. Menceritakan juga jenis-jenis seksaan yang bakal diterima sekiranya melalukan dosa-dosa seperti:

1. Akibat meninggalkan solat
2. Akibat menderhaka kepada dua ibu bapa
3. Akibat meminum arak
4. Akibat Zina
5. Akibat Liwat
6. Akibat Makan Riba'
7. dll

Kedua-dua kitab ini mempunyai pengisian yang sama dan di akhir kitab menceritakan mengenai syurga dan neraka neraka, hari qiamat, mahsyar dan sebagainya. Wallahu A'lam.

Friday, April 10, 2009

MANUSIA, MALAIKAT dan SYAITAN

Manusia, Malaikat, Syaitan ..



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini.awal lagi nie?.zzz



Manusia - Nak makan, laparlah ?
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa?

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm.. aahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nie?

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?...pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutkah aku biarkan entry ini tanpa menyebarkan kepada yang lain.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan entry ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk

Sumber: email

Saturday, April 4, 2009

AL-FATIHAH buat rakan karib - Allahyarham Mohd Asmady bin Zakaria

Allahyarham Mohd Asmady bin Zakaria - Bekas Head of Department ICT, Pusat Asasi UIAM


Allahyarham bersama rakan sekerja


Tanggal 03 April 2009 (Jumaat)

Tidak dapat aku nak bayangkan setelah menerima berita dari sahabat karibku Radhi memaklumkan pemergian Allahyarham Asmady bin Zakaria.

Memori aku ketika saat bersama Allahyarham Asmady mengimbau di fikiran..Sejak sekolah lagi (Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan) aku tinggal seasrama, bahkan kebanyakan aku sekelas dengan Arwah.

Lepas SPM, kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Universti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang yang sama (Pengajian Ilmu Wahyu / Islamic Revealed Knowledge and Heritage / IRKH) cuma pengkhususan dalam bidang berlainan...Tamat degree pada 2002, Arwah melanjutkan pelajaran di UPM dalam bidang Master in IT..dan setelah tamat pengajian dalam bidang tersebut, Arwah mendapat tawaran berkhidmat di Centre Foundation Study (Matrikulasi UIA)...sehingga jawatan terakhir Arwah ialah sebagai Head of Department ICT.

Beliau seorang yang cukup rendah diri, tidak berat untuk menolong kawan-kawan, tidak sombong, tidak pernah menyusahkan orang lain-lain. Bahkan melalui blog anak-anak murid Arwah, Arwah adalah seorang sifu yang cukup disegani...

Jam 5.15 petang aku sampai di Unit Kecemasan Hospital Serdang, kelibat isteri Arwah (Puan Lela) kelihatan..sedih, sebak dan sayu terasa...tapi, beliau cukup tabah. Isteriku terus memeluk beliau..kata Isteri Arwah: "Arwah tidak pernah menyusahkan orang, doakan lah yang terbaik untuk Arwah". Itulah kata-kata yang diucap oleh isteri Arwah kepada kebanyakan yang menemui beliau..cukup tabah...Aku mengenali isteri Arwah semasa kami sama-sama belajar di UIA dulu.

Jam 6.30 petang, aku dan rakan-rakan (mat yoe, pok hir, isey kampung, meri) bergerak ke Jabatan Forensik di Hospital Serdang. Ahli keluarga Arwah sedang menguruskan untuk mengeluarkan Arwah untuk di bawa kembali dan disemadi di kampung Arwah, Pasir Putih, Kelantan. Arwah dikeluarkan dari Jabatan Forensik jam 9.00+- malam dan dibawa pulang ke Kelantan.

Kronologi (03 April 2009 - Jumaat)

1. Arwah pulang ke rumah di Bukit Mahkota, Bangi, Selangor, setelah menunaikan Solat Jumaat dengan menaiki motorsikal.

2. Arwah melalui jalan pintas, yang mana jalan tersebut seringkali digunakan oleh Arwah.

3. Tempat kejadian berlaku dikatakan berhampiran rumah Arwah. Diberitakan, Arwah telah melanggar penghalang jalan (daripada simen kokrit) yang sudah lama berada di situ (sebab kawasan construction), pun begitu Arwah seringkali melalui jalan tersebut yang mana hanya boleh dilalui oleh motorsikal sahaja. (sebab musabbab dan mungkin sudah ajal Arwah)

4. Arwah meninggal dunia di tempat kejadian.

5. Jenazah Arwah dibawa ke Hospital Serdang, dikhabarkan jam 9.00 +- malam, jenazah dikeluarkan dan dibawa pulang ke Pasir Putih, Kota Bharu, Kelantan untuk dikebumikan.

TAKZIAH kepada Isteri, seluruh ahli keluarga dan sanak saudara Arwah, semoga tabah dan redha ketentuan Ilahi.

AL-FATIHAH untuk Arwah..semoga Rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan mu'min.

Sumber gambar: Dari Facebook Allahyarham dan http://shw.azimah4eva.fotopages.com

Wednesday, April 1, 2009

PENGUMPULAN HADITH - Al-Arba'in An-Nawawiyyah


Satu kitab karangan Sheikh Nazhim Mohd Sultan mengenai pengumpulan Hadith oleh Sheikh Al-Imam An-Nawawi Rahimahullah. Kitab ini mengandungi 42 Hadith yang mana disyarahkan mengenai pelbagai perkara khususnya melibatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Bermula dengan Hadith pertama: "Innamal A'maalul Binniyyah..)

Al-Imam An-Nawawi Rahimahullah.

As-Sheikh adalah Yahya bin Sharif bin Muri Hasan bin Husin bin Hizam An-Nawawi Abu Zakaria Muhyiddin.


Dilahirkan di perkampungan Hauran barat Damsyik, pada Bulan Muharram 631 Hijriyyah.


As-Sheikh merupakan seorang yang cinta kepada ilmu (khususnya ilmu agama) menguasai ilmu empat mazhab Al-Imam Al-Mu'tabar, Fiqhu As-Syafiie Hadith dan bahasa (Lughoh).

As-Sheikh seoarang yang alim, zuhud, wara'. Berkata Sheikh Qutub Ad-Din Al-Yunaini: Sesungguhnya ada seorang yang wara' dalam ibadah dan cukup alim.

Maka berkata As-Sheikh bin Farah: As-Sheikh Muhyiddin (Al-Imam An-Nawawi) mempunyai 3 martabat iaitu; 1. Ilmu, 2. Zuhud, 3. Amr Ma'ruf dan Nahyu Mungkar (menyuruh kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran."


As-Sheikh telah wafat pada 24 Rejab 676 Hijriyyah di perkampungan Nawa.

SEKITAR KELANTAN

GOMO KELATE GOMO

RUANGAN

RUANGAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP