PENGUMUMAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

For best resolution..please use IE Mozilla Firefox..

Wassalam..


Sunday, March 1, 2009

AURAT DI SISI ISLAM

BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:

33_53

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]


Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB..



HIJAB TAFSIRANNYA LUAS

AURAT LELAKI : Dari pusat hingga ke lutut.

AURAT PEREMPUAN: Seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.


Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.” Riwayat Bukhari

HURAIAN


Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama’, wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan As-Sunnah.

Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.

APAKAH TUJUAN SEMUA ITU?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

Ada yang berpandangan terlalu lemah, dho'if dan menggambarkan kejahilan. Mereka ini sanggup mencabar hukum ALLAH Tuan Empunya alam ini.. "Takper tak tutup aurat...janji hati baik..semuanya bergantung pada niat..bergantung pada niat" yang paling top "Kubur masing-masing" ..Abis ko mati nanti masuk la dalam kubur tu sorang-sorang...!

Itulah soalnya HATI!

33_53-i

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain DIA?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik.

Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Kamu BIJAK SINI...tetapi ALLAH itu BIJAK SANA...MAHA BIJAK SANA..

Penulisan asal: Saiful Islam

Editor: KerusiMalas

Sumber Gambar: Gambar Hiasan Hak Individu

4 comments:

Anonymous said...

"Takper tak tutup aurat...janji hati baik..semuanya bergantung pada niat..bergantung pada niat" yang paling top "Kubur masing-masing"

huh! aku cukup pantang ada ayat tu...
orang pompuan selalu jadikan aurat sebagai alasan, kononnya tanggungjawab lebih berat berbanding lelaki...
tapi dorang tak sedar sebenarnya, tanggungjawab lelaki & perempuan sama beratnya...

KerusiMaLas said...

Yep....sama saja..sebab tu tuhan jadikkan syurga dan neraka..erm..sama-samalah kita berpesan..

Leenoh said...

Kalau depa kata semua bergantung pada niat, depa tidak payah makan, pakai niat dah kenyang.
Ilmu sangat penting, ilmulah yang mengenal iman, bila islam pak turut,islam keturunan, perkara yang penting akan diremehkan.
Mengaku tidak mampu ikut perintah lebih baik daripada menafikan perintah.
Wassalam

KerusiMaLas said...

Yep Pak Leenoh..saya sokong..umat sekarang sudah tidak menjadikan Islam sebagai paksi..Dunia akhir zaman.

SEKITAR KELANTAN

GOMO KELATE GOMO

RUANGAN

RUANGAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP