PENGUMUMAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

For best resolution..please use IE Mozilla Firefox..

Wassalam..


Monday, March 16, 2009

TAHNIAH..! Adik Nik Nur Madihah bt. Nik Mohd Kamal

TAHNIAH! Sekalung penghargaan diucapkan kepada adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 sekaligus menjadi pelajar terbaik SPM 2008 dengan keputusan 20A (19A1 dan 1A2).

Allahu Akhbar...! aku sungguh kagum (bukan kerana kejayaan beliau)..tapi semangat juang beliau yang cukup tinggi tiada bandingan membuatkan beliau menjadi seorang yang cukup cemerlang..! Di dalam keluarga yang "dhoif"...adik Nik Nur Madihah cukup tenang dalam meneruskan perjuangan beliau sebagai pelajar.

Adik Nur Madihah, hanya dari anak seorang nelayan, bahkan mungkin ayahnya hanya mengenal jala, umpan, kail, pukat, laut...boleh berjaya dengan cemerlang, mungkin didikan agama juga memainkan peranan penting. Walaupun berjaya di dalam bidang akademik, tetapi beliau juga berjaya di dalam bidang agama, memandangkan adik Nur Madihah juga adalah pelajar Sekolah Menengah Agama (Arab) Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu (cayalah produk Maahad..!). Pelbagai matapelajaran yang diambil dalam SPM terdiri daripada matapelajaran sains dan juga agama. Mungkin berkat hidup adik Nur Madihah, walaupun dalam kemisikinan..tapi hasil rezki dari titik peluh ayah membesarkan anak..dan ketaatan anak kepada ibu-bapa menyebabkan Allah S.W.T menganugerahkan kehebatan yang sedemikian rupa...Maha Suci Allah.

Kediaman adik Nik Nur Madihah di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Teringat pula kata Ayahanda aku "Kito hidup keno buat perubohey daley diri kito hinggo anok cucu kito, kalu ayoh kito motong getoh...biar kito jadi tokey getoh, hidup keno lebih dari orey sokmo, dey keno anggap ore lain hebat baru kito dok jadi agah dan sombong" (kita hidup kena buat perubahan dalam diri kita hingga anak cucu kita, kalau ayah kita penoreh getah, biar kita jadi taukey getah, hidup kena sentiasa lebih dari orang lain dan sentiasa anggap orang lain lebih hebat supaya kita tidak sombong).

Adik Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal menunjukkan keputusan SPM kepada Ayahanda beliau

Tahniah sekali lagi kepada adik Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal serta keluarga, semoga anda terus mendapat kecemerlangan di masa akan datang.

Petikan Utusan Malaysia:
KOTA BHARU 12 Mac
- Anak seorang nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah di negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara yang paling cemerlang di seluruh negara dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.

Nik Nur Madihah juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk dia mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Anak sulung daripada empat beradik yang berasal dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa dekat sini itu bercita-cita menjadi ahli fizik dan kejayaan tersebut adalah hadiah istimewa untuk ibu bapanya di samping guru-guru sekolahnya.

Ayahnya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan dan bagi meringankan bebanan keluarga, ibunya, Mariani Omar, 42, pula bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Sumber: Utusan Malaysia

Sumber Gambar: Hak individu



4 comments:

NONG said...

Jangan sesekali jadikan faktor KEMISKINAN sebagai alasan untuk tidak berjaya. GENGGAM BARA API BIAR SAMPA JADI DEBU..
Sayu hati melihat rumah adik ini.. saya juga insan yang pernah hidup begini suatu ketika dulu malah tanpa seorang yang bernama ayah namun syukur kepada Tuhan atas kesedaran dalam pendidikan yang diberikan...
Semoga pihak berwajib dapat membantu keluarga adik ini.

~PakKaramu~ said...

Pak Karamu menziarahi kamu

KerusiMaLas said...

Nong: saya setuju tu Nong..

PakKaramu: Terima Kasih sudi menziarah..

Leenoh said...

Kehendak Allah tiada siapa boleh halang.
Tahniah kepada Nik Nur Madihah bt Nik Mohd.Kamal dan Maahad Muhammadi.(P). Kelantan.
Wassalam.

SEKITAR KELANTAN

GOMO KELATE GOMO

RUANGAN

RUANGAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP