PENGUMUMAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

For best resolution..please use IE Mozilla Firefox..

Wassalam..


Tuesday, March 31, 2009

APRIL FOOL - Satu Penilaian


Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan berpanjangan. Sewaktu zaman persekolahan dahulu,penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Akuceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu,giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!


Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untukbertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.


Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Sumber:
http://tazkirahonline.blogspot.com/2005/04/di-sebalik-april-fools-day.html
Sumber Gambar: Gambar hiasan hak individu

Monday, March 30, 2009

DARI DARAT KE UDARA

Di KLIA, sebelum berlepas ke Langkawi, hujan lebat..

Salam semua..Lama tak mengupdate blog...bz sket lately...Aku kena berkursus lagi..Kali ni di Langkawi pula pada 24-26 Mac 2009 lepas..tu yang lama tak jenguk blog..huhu~

Takder apa aku nak kongsikan..cuma kegayatan aku naik kapal terbang je..ahahaha..baik le naik kapal laut..dah le masa bertolak ke Langkawi dari KLIA jam 11.05 di tengah-tengah hujan lebat, dia punya gegaran, huh..! mengalah kan kapal laut.

Ruang udara diseliputi awan tebal


Kelihatan Jambatan Pulau Pinang

Tapi..bukan itu yang aku ingin kongsikan, bukan intipati kursus yang aku ingin kongsikan..Sekali sekala dapat peluang terbang di udara, Allahu Akbar..Maha Suci Allah..aku begitu ta'jub dengan ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.. Benar kata Rasulullah..akan ada besi yang akan terbang di udara..mungkin pada hari ini ialah kapal terbang.

Sepanjang berada di Langkawi, masa yang terluang aku gunakan untuk ziarah tempat yang menarik di Geopark. Dengan hanya membayar khidmat bot sebanyak RM25.00 satu kepala, aku berpeluang menziarah tempat-tempat tersebut.

Menaiki bot dari Jeti KILIM, Geopark


Pintu Keluar Gua Kelawar, Langkawi

Dari jeti KILIM, dengan menaiki bot aku berkesempatan untuk ziarah ke Gua Kelawar, Maha Suci Allah, sekali lagi aku teruja dengan kebesaran Allah, begitu cantik ukiran semulajadi pada batu dan dinding gua, begitu indah rupanya..begitu halus kejadiannya..

Ternakan pelbagai jenis ikan oleh penduduk tempatan


Setelah menziarah Gua Kelawar, aku berpeluang untuk melihat ikan-ikan yang cukup cantik dibela oleh warga tempatan. Ada ikan kerapu seberat 6 kg, ada ikan pari seberat 8 kg dan macam-macam lagi jenis ikan.

Sang helang berterbangan..

Kemudian aku pergi melihat sekumpulan burung helang berterbangan di muara sungai, tidak terfikir untuk melihat sebegitu banyak sang helang turun ke air untuk mengambil makanan. Aku ta'jub dan kagum dengan ciptaan Mu Ya..Allah..begitu luas..begitu banyak lagi tidak diterokai..tidak diketahui oleh kita.

Jam 06.35 petang pada 26 Mac 2009, aku berlepas pulang ke Kuala Lumpur, sekali lagi diri ini terasa terlalu kerdil. Aku berkesempatan melihat ciptaan Allah yang Maha Agong...bayangkan kita melihat matahari terbenam (bak kata orang putih..sunset), ianya cukup indah..cukup menarik..cukup menenangkan hati...terutama kita melihatnya di kawasan lapang seperti sawah padi, pantai dan sebagainya. Bayangkan, bagaimanakah perasaan keindahan kejadian tersebut dapat dilihat dari udara? tidak dapat diucap dengan kata-kata, tidak dapat digambar dengan fikiran..begitu indah..begitu mempersona..Allahu Akbar..aku ta'jub dengan ciptaan MU...Wallahu' A'lam

Selamat Tinggal Langkawi




Wednesday, March 18, 2009

TEMUDUGA JAWATAN KOSONG


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Sumber: e-mail, terima kasih kepada pemberi sumbangan

Monday, March 16, 2009

TAHNIAH..! Adik Nik Nur Madihah bt. Nik Mohd Kamal

TAHNIAH! Sekalung penghargaan diucapkan kepada adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 sekaligus menjadi pelajar terbaik SPM 2008 dengan keputusan 20A (19A1 dan 1A2).

Allahu Akhbar...! aku sungguh kagum (bukan kerana kejayaan beliau)..tapi semangat juang beliau yang cukup tinggi tiada bandingan membuatkan beliau menjadi seorang yang cukup cemerlang..! Di dalam keluarga yang "dhoif"...adik Nik Nur Madihah cukup tenang dalam meneruskan perjuangan beliau sebagai pelajar.

Adik Nur Madihah, hanya dari anak seorang nelayan, bahkan mungkin ayahnya hanya mengenal jala, umpan, kail, pukat, laut...boleh berjaya dengan cemerlang, mungkin didikan agama juga memainkan peranan penting. Walaupun berjaya di dalam bidang akademik, tetapi beliau juga berjaya di dalam bidang agama, memandangkan adik Nur Madihah juga adalah pelajar Sekolah Menengah Agama (Arab) Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu (cayalah produk Maahad..!). Pelbagai matapelajaran yang diambil dalam SPM terdiri daripada matapelajaran sains dan juga agama. Mungkin berkat hidup adik Nur Madihah, walaupun dalam kemisikinan..tapi hasil rezki dari titik peluh ayah membesarkan anak..dan ketaatan anak kepada ibu-bapa menyebabkan Allah S.W.T menganugerahkan kehebatan yang sedemikian rupa...Maha Suci Allah.

Kediaman adik Nik Nur Madihah di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Teringat pula kata Ayahanda aku "Kito hidup keno buat perubohey daley diri kito hinggo anok cucu kito, kalu ayoh kito motong getoh...biar kito jadi tokey getoh, hidup keno lebih dari orey sokmo, dey keno anggap ore lain hebat baru kito dok jadi agah dan sombong" (kita hidup kena buat perubahan dalam diri kita hingga anak cucu kita, kalau ayah kita penoreh getah, biar kita jadi taukey getah, hidup kena sentiasa lebih dari orang lain dan sentiasa anggap orang lain lebih hebat supaya kita tidak sombong).

Adik Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal menunjukkan keputusan SPM kepada Ayahanda beliau

Tahniah sekali lagi kepada adik Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal serta keluarga, semoga anda terus mendapat kecemerlangan di masa akan datang.

Petikan Utusan Malaysia:
KOTA BHARU 12 Mac
- Anak seorang nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah di negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara yang paling cemerlang di seluruh negara dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.

Nik Nur Madihah juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk dia mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Anak sulung daripada empat beradik yang berasal dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa dekat sini itu bercita-cita menjadi ahli fizik dan kejayaan tersebut adalah hadiah istimewa untuk ibu bapanya di samping guru-guru sekolahnya.

Ayahnya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan dan bagi meringankan bebanan keluarga, ibunya, Mariani Omar, 42, pula bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Sumber: Utusan Malaysia

Sumber Gambar: Hak individu



Tuesday, March 10, 2009

PAGI JUMAAT DI KOTA BHARU

Aku menghadiri kursus kendalian Jabatan aku di Kota Bharu. pada 03 hingga 05 Mac 2009..Huhu..sambil menyelam minum air..maklumlah..dapat balik ke kampung halaman..(home sweet home)..

Kursus abis hari Khamis..So, pagi Jumaat aku berkesempatan la pergi mengadap Ayah Zik (tu panggilan aku kepada Y.A.B Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan)..Lama aku tak bertallaqqi (mengadap) dengan Ayah Zik..masa sekolah dulu jer...yela, masa masuk Universiti dah keluar dari Kelantan..skang pun kerja kat K.L..so?bile la nak berkesempatan..Apapun peluang sekali sekala balik Kota Bharu, aku tak lepas peluang untuk mengadap Ayah Zik, menambah ilmu apa yang patut.

Kuliah pagi Jumaat oleh Ayah Zik yang diadakan di tengah-tengah bandar Kota Bharu

Lama tak berjumpa dengan Ayah Zik, walaupun masa sekolah dulu boleh dikatakan 3, 4 kali seminggu pi ngadap beliau..tetapi yang aku pelik..setiap kali jumpa aku pasti teruja..sebesar mana orang, sehebat mana orang, sefamous mana orang, seglamour mana orang..aku tak pernah teruja..aku pernah berjumpa dan bersalaman dengan Menteri bahkan Perdana Menteri, tapi tak "seteruja" jumpa dengan Ayah Zik.

Betapa ramainya rakyat Kelantan yang hadir

Muslimat dan para ibu juga turut hadir

Tepat jam 09.30 pagi, kuliyah bermula. Cukup ramai yang menghadiri kuliyah pagi Jumaat yang disampaikan oleh Ayah Zik..pelbagai lapisan rakyat menghadiri...tua, muda, kecik, besar...bandar Kota Bharu sesak, tapi bukan menghadiri konsert atau apa-apa aktiviti hiburan, tetapi rakyat Kelantan menghadiri kuliyah Jumaat yang disampaikan oleh Y.A.B Tuan Guru Dato' Menteri Besar sendiri..!

Seorang warga emas khusyu' mendengar kuliyah yang disampaikan

Hadirin yang menghadiri Kuliyah Pagi Jumaat oleh Tuan Guru Menteri Besar Kelantan

Setelah diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat untuk memimpin negeri Kelantan, kuliah pagi Jumaat ditengah-tengah bandar Kota Bharu adalah salah satu rutin Ayah Zik, di dalam kesibukan beliau dalam melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar..tapi, tugas sebagai pendakwah cukup sebati di dalam diri beliau...acapkali memberi nasihat, teguran kepada rakyat, setiap patah butir kata Ayah Zik semuanya Islam..Islam...Islam...Di manakah kita ingin mencari seorang pemimpin yang mampu dan sanggup berbuat demikian?Maha Suci Allah, Engkau masih lagi melahirkan seorang ulama'...walaupun sudah ramai yang pergi mengadapMu..

Semasa pulang dari menyampaikan kuliyah Jumaat

Bezanya pada kali ini, walaupun teruja tapi aku rasa sebak, mataku bergenang melihat kelibat Ayah Zik, beliau sudah cukup berumur...tetapi masih kuat untuk berdakwah..AllahuAkhbar..! aku kagum dengan sifat dan sikap beliau..yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam berdakwah.

di mana lagi nak dicari?
seorang pemimpin berjiwa rakyat..
seorang pemimpin bergelar tok guru..
seorang pemimpin melaksanakan dasar-dasar Al-Qur'an dan As-Sunnah..
di mana nak dicari ganti?

Antara kata-kata Ayah Zik:
"kita hidup dalam dunia ini semuanya belandaskan Islam, makan, minum, bercakap, berurusan, berpolitik sekalipun semuanya mesti mengikut lunas-lunas dan dasar-dasar Islam sebagai asas perlembagaan sebenar"

Sunday, March 1, 2009

AURAT DI SISI ISLAM

BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:

33_53

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]


Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB..



HIJAB TAFSIRANNYA LUAS

AURAT LELAKI : Dari pusat hingga ke lutut.

AURAT PEREMPUAN: Seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.


Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.” Riwayat Bukhari

HURAIAN


Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama’, wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan As-Sunnah.

Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.

APAKAH TUJUAN SEMUA ITU?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

Ada yang berpandangan terlalu lemah, dho'if dan menggambarkan kejahilan. Mereka ini sanggup mencabar hukum ALLAH Tuan Empunya alam ini.. "Takper tak tutup aurat...janji hati baik..semuanya bergantung pada niat..bergantung pada niat" yang paling top "Kubur masing-masing" ..Abis ko mati nanti masuk la dalam kubur tu sorang-sorang...!

Itulah soalnya HATI!

33_53-i

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain DIA?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik.

Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Kamu BIJAK SINI...tetapi ALLAH itu BIJAK SANA...MAHA BIJAK SANA..

Penulisan asal: Saiful Islam

Editor: KerusiMalas

Sumber Gambar: Gambar Hiasan Hak Individu

SEKITAR KELANTAN

GOMO KELATE GOMO

RUANGAN

RUANGAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP