Kursus abis hari Khamis..So, pagi Jumaat aku berkesempatan la pergi mengadap Ayah Zik (tu panggilan aku kepada Y.A.B Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan)..Lama aku tak bertallaqqi (mengadap) dengan Ayah Zik..masa sekolah dulu jer...yela, masa masuk Universiti dah keluar dari Kelantan..skang pun kerja kat K.L..so?bile la nak berkesempatan..Apapun peluang sekali sekala balik Kota Bharu, aku tak lepas peluang untuk mengadap Ayah Zik, menambah ilmu apa yang patut.
Lama tak berjumpa dengan Ayah Zik, walaupun masa sekolah dulu boleh dikatakan 3, 4 kali seminggu pi ngadap beliau..tetapi yang aku pelik..setiap kali jumpa aku pasti teruja..sebesar mana orang, sehebat mana orang, sefamous mana orang, seglamour mana orang..aku tak pernah teruja..aku pernah berjumpa dan bersalaman dengan Menteri bahkan Perdana Menteri, tapi tak "seteruja" jumpa dengan Ayah Zik.
Muslimat dan para ibu juga turut hadir
Tepat jam 09.30 pagi, kuliyah bermula. Cukup ramai yang menghadiri kuliyah pagi Jumaat yang disampaikan oleh Ayah Zik..pelbagai lapisan rakyat menghadiri...tua, muda, kecik, besar...bandar Kota Bharu sesak, tapi bukan menghadiri konsert atau apa-apa aktiviti hiburan, tetapi rakyat Kelantan menghadiri kuliyah Jumaat yang disampaikan oleh Y.A.B Tuan Guru Dato' Menteri Besar sendiri..!Setelah diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat untuk memimpin negeri Kelantan, kuliah pagi Jumaat ditengah-tengah bandar Kota Bharu adalah salah satu rutin Ayah Zik, di dalam kesibukan beliau dalam melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar..tapi, tugas sebagai pendakwah cukup sebati di dalam diri beliau...acapkali memberi nasihat, teguran kepada rakyat, setiap patah butir kata Ayah Zik semuanya Islam..Islam...Islam...Di manakah kita ingin mencari seorang pemimpin yang mampu dan sanggup berbuat demikian?Maha Suci Allah, Engkau masih lagi melahirkan seorang ulama'...walaupun sudah ramai yang pergi mengadapMu..
Semasa pulang dari menyampaikan kuliyah Jumaat
Bezanya pada kali ini, walaupun teruja tapi aku rasa sebak, mataku bergenang melihat kelibat Ayah Zik, beliau sudah cukup berumur...tetapi masih kuat untuk berdakwah..AllahuAkhbar..! aku kagum dengan sifat dan sikap beliau..yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam berdakwah.
Bezanya pada kali ini, walaupun teruja tapi aku rasa sebak, mataku bergenang melihat kelibat Ayah Zik, beliau sudah cukup berumur...tetapi masih kuat untuk berdakwah..AllahuAkhbar..! aku kagum dengan sifat dan sikap beliau..yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam berdakwah.
di mana lagi nak dicari?
seorang pemimpin berjiwa rakyat..
seorang pemimpin bergelar tok guru..
seorang pemimpin melaksanakan dasar-dasar Al-Qur'an dan As-Sunnah..
di mana nak dicari ganti?
seorang pemimpin berjiwa rakyat..
seorang pemimpin bergelar tok guru..
seorang pemimpin melaksanakan dasar-dasar Al-Qur'an dan As-Sunnah..
di mana nak dicari ganti?
Antara kata-kata Ayah Zik:
"kita hidup dalam dunia ini semuanya belandaskan Islam, makan, minum, bercakap, berurusan, berpolitik sekalipun semuanya mesti mengikut lunas-lunas dan dasar-dasar Islam sebagai asas perlembagaan sebenar"
"kita hidup dalam dunia ini semuanya belandaskan Islam, makan, minum, bercakap, berurusan, berpolitik sekalipun semuanya mesti mengikut lunas-lunas dan dasar-dasar Islam sebagai asas perlembagaan sebenar"
6 comments:
bestnya..ngelat tul..kalau org balik...tak pernah lak nak bawak skali...
pemimpin yg disegani kawan dan lawan...
dialah tuan guru nik aziz!
Salam.
Kalau semua rakyat memohon daripada Allah supaya diberikan pemimpin yang beriman, insya Allah akan kita dapat pemimpin yang seperti itu.
Tetapi sayang sebahagiannya tidak berdoa begitu, kita jangan putus asa berusaha dan berdoalah sentiasa semoga Allah kurniakan pemimpin yang beriman dan yang akhlaknya lebih baik daripada kita supaya dia menjadi teladan dan ikutan kita ke arah keselamatan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.
Salam
bestkan kalo semua menteri besar seperti TGNA. kakyong ade buku biografi TGNA.. masa membaca tu rasa mcm dekat jer dgn beliau.. terharu melihat cara hidup beliau yang serba sederhana..
Salam..
Pak Leenoh: yep..sama-sama kita berdoa agar Islam menjadi asas perlembagaan kita.
Kak Yong: kalau Kak Yong nak jumpa TGNA...meh ikut saya balik kampung..:-)
Vicegerent of Allah on Earth::..
"..Kita akan mengenali siapa pencipta kita sekiranya kita mengenali siapa diri kita.."
This is a saying of Saidina Ali Ibni Abi Thalib k.w., agaknye lee..
Post a Comment